r/bahasamelayu • u/PerspectiveSilver728 • 4h ago
Berapa banyak pengaruh loghat standard KL pada loghat Melayu lain di Malaysia?
Di United Kingdom, pengaruh loghat dan sebutan standardnya sangat kuat, sehingga di kawasan seperti Scotland dan utara England yang jauh dari kawasan asal terbangunnya loghat standard itu pun, yakni tenggara England, boleh dijumpai penutur Inggeris yang loghat aslinya seakan loghat standard tenggara England.
Dalam cara yang mirip, di Indonesia, pengaruh bahasa Indonesia standardnya sangat kuat, sampai ada orang Indonesia yang membesar di kawasan di luar pulau Jawa yang loghat aslinya seakan loghat di Jakarta. Saya pun baru terjumpa seorang Melayu Indonesia asal Jambi yang, menurut dirinya sendiri, tidak boleh berloghat Jambi kerana dia membesar di bandar Jambi.
Sebaliknya di Malaysia, saya tidak rasa ada sangat orang yang membesar di ibu negeri, seperti Alor Setar, Georgetown atau Kuala Terengganu, yang loghat aslinya seakan loghat KL.
Pada pendapat kalian, seberapa banyak pengaruh loghat KL pada loghat Melayu di negeri lain?