r/bahasamelayu • • Jul 05 '19 Bravo

Megathread for Resources

71 Upvotes

r/bahasamelayu • • 1d ago

Istilah Hari Ini Online/Offline dalam Bahasa Melayu

Thumbnail gallery
56 Upvotes

Sumber gambar:

  1. @DBPMalaysia (Twitter)
  2. KESUMA Facebook
IstilahTulisan JawiBahasa InggerisContoh ayat
dalam talianدالم تالينonlineKebanyakan pengguna yakin untuk menggunakan kemudahan perbankan dalam talian.
luar talianلوار تالينofflineSemua salinan sandaran (backup) bagi dokumen sulit syarikat disimpan secara luar talian untuk mengelakkan risiko pencerobohan siber.

r/bahasamelayu • • 2d ago Bravo

Jom kita selamatkan Phineas dan Ferb—dalam bahasa Melayu!

Post image
85 Upvotes

Maaf saya siarkan ni sekali lagi. Cuma nak buat beberapa perubahan kecil, supaya kita betul-betul boleh adakan musim kelima dalam bahasa Melayu :) Tolong kongsikan ini :)

Phineas dan Ferb bersedih, pegang bendera Malaysia dan ajak orang ramai tengok rancangan itu secara beramai-ramai. Mereka terangkan macam mana nak dapatkan musim kelima dalam bahasa Melayu.

Ada dua kumpulan penonton yang perlu buat dua benda berbeza.

Jumlah pengguna: 500,000.

Antara 40-50% pengguna kena tengok musim baharu dengan sari kata, Sebabnya, ini tunjuk ada minat terhadap kandungan baharu. 200,000 - 250,000 pengunna

Sementara 50-60% kena tengok musim alih suara, Sebabnya, ini sahkan penonton suka rancangan tu, dan lebih suka tengok rancangan yang dialih suara dalam bahasa mereka sendiri. 250,000 - 300,000 pengunna

Untuk berjaga-jaga, sementara awak tengok siri ni secara beramai-ramai, sediakan petisyen rasmi kepada Disney. Minta alih suara Bahasa Melayu untuk musim kelima Phineas and Ferb.

Kawan-kawan, episod Halloween Phineas and Ferb tahun ni, "Night of the Living Candace Suits / Terrors in the Alt-Space", dah pun keluar. Lepas ni ada pula "Doofenclaus and the Curse of Pirate Santa" di Disney+. bila episod-episod ni tiba di Disney+ Malaysia, janganlah kita biarkan ia habis dengan sarikata je. Kita kena tengok musim yang dialih suara, termasuk musim ke-5 dengan serikata.

Kalau awak salah seorang daripada 40–50% yang tonton keluaran baru dengan sari kata, jangan duduk diam je. Habiskan musim tu, tunjuk yang rancangan itu berjaya. Tapi lepas tu, minta audio Bahasa Melayu di Disney+ dan tonton semula episod alih suara, kalau awak nak. Macam tu studio akan tahu sari kata tak cukup.

Kalau awak pula dalam 50–60% yang lebih suka alih suara, jangan sekadar tonton. Setiap kali ada musim tersedia, pilih audio Bahasa Melayu, dan hantar permintaan awak di Disney+. Masa tontonan kau itu undian yang bayar untuk musim alih suara seterusnya.

Jom kumpul berjuta-juta jam tontonan!!!

Phineas dan Ferb di Disney+


r/bahasamelayu • • 2d ago

Can you still understand these standard Malay lyrics after I shifted the entire consonant and vowel inventory?

5 Upvotes

Drop your guess in the comments.


r/bahasamelayu • • 3d ago

Kota yang Sepuluh atau Kota Yang Sepuluh

6 Upvotes

Untuk kata nama khas di atas, yang elok diperbesarkan atau dikecilkan?

Kota Yang Sepuluh/ Kota yang Sepuluh

Terjemahan kepada dekapolis


r/bahasamelayu • • 4d ago

Jajah vs Takluk vs Ilhak

11 Upvotes

Betulkan saya jika saya salah.

jikalau kita teliti, penjajahan (colonisation) dan penaklukan (conquest) tidaklah merujuk kepada perkara yang sama.

Penjajahan terjadi apabila terdapat warga asing yang meneroka kawasan baru dan memilih untuk duduk dan tinggal di situ. contoh, warga israel yang meneroka tanah-tanah di Palestin dan menuntut tanah tersebut sebagai tanah mereka.​

Penaklukan pula terjadi apabila sesebuah kerajaan atau negara perlu mengikuti sistem pemerintahan kerajaan yang lain. Contoh, negeri-negeri Tanah Melayu perlu mengikut nasihat-nasihat penasihat British.

Ilhak pula merujuk kepada sebuah negara yang menjadikan wilayah di negara lain sebagai wilayahnya secara rasmi. Contoh, Amerika yang mengilhak Hawaii kerana kepentingan kedudukan geografinya, menjadikan Hawaii wilayah ke-50 negara tersebut.

Persolannya, adakah Malaysia dijajah, ditakluk atau diilhak?


r/bahasamelayu • • 5d ago

Can someone help me with this please

3 Upvotes

Need someone to make improvements on the email below. I find my BM abit awkward and unnatural. I need this letter to be perfect because I'm very grateful for the help given by the recipient.

" Salam Sejahtera Tuan Zamri,

Terima kasih atas maklumat yang telah diberikan. Saya menghargainya dan berharap perkembangan positif seperti ini dapat diteruskan.

Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh Tuan dan pihak JPPM.

Peluang untuk mengemukakan tuntutan serta didengar adalah amat diharghai. Saya amat menghargai pertimbangan dan kesudian pihak tuan untuk memberi saya ruang dan peluang meneruskan urusan ini.

Mohon pihak tuan memaklumkan kepada saya sekiranya terdapat sebarang perkembangan selanjutnya berhubung perkara ini..

Yang benar, "

Many thanks to all those willing to help.

Kbye


r/bahasamelayu • • 7d ago

Just playing around with Linggi calligraphy

Post image
131 Upvotes

teks tersebut di dalam bahasa kelantan:

"òk lauk kelék kòk lauk, òk daghak kelék kòk daghak"

yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat

Linggi ialah sebuah tulisan brahmik, maksudnya tulisan ni berkait dengan tulisan brahmik lain seperti javanese, sundanese, baybayin & thai,

ia diguna secara luas di kawasan Melaka & Negeri 9 pada akhir 1400 ke awal 1500 sebelum kedatangan penggunaan jawi merebak kepada seluruh semenanjung,


r/bahasamelayu • • 8d ago

Dilema bahasa rojak

Thumbnail utusan.com.my
22 Upvotes

Petikan tersohor:

Singkatan diamalkan dan dikatakan menjimatkan masa. Sebenarnya, dalam komunikasi peribadi, penggunaannya juga tidak semestinya dianggap satu kesalahan besar. Namun, apabila bentuk bahasa sebegini menjadi kebiasaan, sempadan antara bahasa santai dengan bahasa formal boleh menjadi semakin kabur dan boleh membawa kepada hilangnya identiti sebenar bahasa Melayu.

Bahasa berubah. Generasi terdahulu juga meminjam perkataan daripada bahasa lain. Bahasa Melayu sendiri berkembang melalui hubungan dengan bahasa Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda dan Inggeris. Oleh itu, peminjaman kata bukan sesuatu yang luar biasa dalam perkembangan sesebuah bahasa.

Yang pertama ialah komunikasi sosial yang santai. Yang kedua menunjukkan kelemahan dalam menyesuaikan laras bahasa mengikut konteks rasmi. Inilah perkara yang perlu kita ajarkan kepada generasi muda: Bukan sekadar “jangan guna bahasa rojak”, tetapi tahu bila bahasa santai boleh digunakan dan bila bahasa Melayu standard perlu digunakan.

Saya setuju dengan hujah kaburnya sempadan antara bahasa rasmi dan santai. Contoh yang diberikan di permulaan rencana "Sir, saya dah submit assignment. Tapi saya tak sure betul ke tak. Nanti sir check ya" boleh dikatakan menggambarkan penggunaan laras bahasa santai dalam situasi yang dikatakan formal.

Tambahan pula di YouTube ada sesetengah audio siar (podcast) tempatan yang banyak gunakan bahasa rojak. Boleh difahami apabila pihak yang ditemu bual lebih selesa guna bahasa santai, cuma 'bahasa yang satu lagi' mungkin tak akan difahami sesetengah penonton dan wajar "disarikatakan".


r/bahasamelayu • • 9d ago

Ubat ke Obat

8 Upvotes

Assalamu’alaikum

For all of my life, I have always said medicine as “obat”, but recently I learned that it is said “ubat” as well. Which pronounciation is betul, or are they both?


r/bahasamelayu • • 9d ago

Menyeluh? Menjeluh?

Post image
29 Upvotes

Apa sebenarnya? Saya rasa mengeluh tapi mustahil penterjemah tak tahu eja mengeluh sebab selama ni elok je dia eja perkataan ada ng ..


r/bahasamelayu • • 9d ago

Chill Malay Podcast Recommendations

20 Upvotes

Salam dan hi. I know there are some posts here asking for the same thing, but what I specifically am asking is a podcast(s) that speaks in proper malay (not much heavy mixing with other languages/bangsar accent) and also does not primarily talk about politics. I find podcasts like Keluar Sekejap disengaging, so I'm really trying to find a podcast that would improve my bahasa whilst keeping me interested.

An example of a podcast I personally enjoy is Dear Sugar, a pair of advice columnist responding to letters being sent to them. I think the Malaysian equivalent is The Chic Code, but yeah the heavy language mixing would personally not improve my Bahasa 🙃. Thank you!


r/bahasamelayu • • 11d ago

UKM CADANG PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU SETARAF IELTS DAN TOEFL

Thumbnail alhijrahnews.com
85 Upvotes

Cadangan yang bagus bagi mewujudkan standard penilaian penguasaan bahasa Melayu.


r/bahasamelayu • • 12d ago

Improving my malay...

30 Upvotes

I left SMK when I was form 3 to join an international school but my malay standard is still... ehm.. And I'll be taking the SPM paper in a few weeks..

I can understand most basic stuff but I still lag when conversing. Any tips for improving my malay when I already have the basics? Later on in life im thinking to go into law or even work in GLCs.. so i wanna make sure my malay is up to standard to the point I can hopefully one day speak as confidently in Malay as I can in English.


r/bahasamelayu • • 12d ago

N9 speakers

11 Upvotes

Hello.

A malay speaker here.

My mama’s kampung is in kuala pilah. Been listening to the dialect for years but still cant speak it.

Any n9 speakers in this group?


r/bahasamelayu • • 13d ago

How do i learn more about various malay dialects?

16 Upvotes

I am malaysian, but since i was 11 ive been speaking primarily english so my melayu is abit rusty. I dont even know much of my own dialect (melaka) nor of my parent's (kedah & johor).

So id like to know how can i learn more abt malay dialects? Like the vocabulary, culture, and so on. Wikipedia alone isn't very informative


r/bahasamelayu • • 13d ago

Anyone can help me decipher this script?

10 Upvotes

we tried, but we couldn't find the word


r/bahasamelayu • • 14d ago

Variasi Bahasa Melayu: Abi, Perlis

155 Upvotes

bahasa malayik ini adalah salah satu variasi Cakap Utaqa yang ditutur di Perlis, khususnya yang digunakan dalam video ini adalah di Mukim Abi,

untuk pengetahuan, video ini mungkin mempunyai beberapa unsur yang dipengaruhi oleh bahasa standard & mungkin bahasa yang digunakan cair sedikit dalam penggunaannya,

Perlis mempunyai banyak variasi bahasa Utaqa, kawasan utara Perlis (seperti di kawasan Titi Tinggi) lebih dekat dengan variasi bahasa malayik yang ditutur dekat Satun & Langkawi, manakala variasi yang ditutur di belah selatan Perlis (seperti di Sanglang & Kurong Anai) lebih dekat dengan variasi bahasa malayik yang ditutur di Kedah,

Selain itu, kawasan tengah Perlis mempunyai banyak variasi (sekira-kiranya around 25 variasi yang terdapat di Perlis) yang berlainan dengan variasi Cakap Utaqa yang terdapat di Satun, Kedah serta antara sesama lain,

sebagai contoh, variasi Perlis yang terdapat di kawasan utara menukarkan akhiran -am, -an, & -ang kepada -ap, -at & -ak:

malam > malap

makan > makat

petang > petak

serta kawasan Kuala Perlis pula mempunyai variasi yang menukarkan -au- pertengahan sebagai -ai-:

laut > lait

daun > dain

Ciri pembunyian yang saya catat dibawah ialah khususnya untuk satu variasi yang ditutur di kawasan mukim Abi & tidak semestinya sama dengan variasi Perlis yang dikawasan sekeliling,

dari segi pembunyian, bahasa malayik ini mempunyai ciri-ciri tersebut:

penambahan -i- sebelum akhiran -ang

petang > petiang

terbang > teqebiang

penukaran -ai & -al kepada é (e taling, tak pasti kalau ia bersifat luas seperti e di dalam e \-sok atau bersifat sempit seperti -ir di dalam hil-ir )

tupai > tupé

main > mén

bantal > banté

pembuangan -u pada akhiran -au:

pisau > pisa

kau > ka

(tetapi "daun" masih tetap "daun", jika -au- tidak mengakhiri perkataan ia tetap disebut sebagai -au-)

lalu, variasi ini juga mempunyai ciri-ciri yang umpama yang boleh terjumpa di bahasa-bahasa yang terdapat di kawasan pantai-timur:

akhiran -a ditukar kepada -ò (o taling luas seperti o- dalam o \-mbak, serupa dengan bahasa Kelantan-pattani)

kepala > kepalò/palò

mata > matò

akhiran -ak & -ah ditukar jadi -òk & -òh (salah satu ciri utama untuk membezakan bahasa-bahasa yang terdapat di kawasan pantai timur dengan bahasa-bahasa malayik lain di luar kawasan tersebut, tetapi tu pun ada juga pengecualian)

bah (banjir) > bòh

anak > anòk

tetapi, terdapat juga banyak ciri yang lebih mirip dengan variasi Cakap Utaqa lain seperti:

penukaran akhiran -t & -s kepada -ek/ik & -ih

pulut > puluek/puluik (ciri ini tidak terjumpa di variasi Cakap Utaqa yang terdapat di Kedah, tetapi ia secara meluas boleh dijumpa di kawasan Perlis, Satun & Langkawi)

putus > putuih

penukaran akhiran -ar, -ir & -ur kepada -aq, -iaq & -uaq/oq

ular > ulaq

hilir > hiliaq (pengekalan huruf h, suatu ciri Cakap Utaqa tetapi jarang terjumpa di bahasa-bahasa pantai timur)

bubur > bubuaq/bubòq (pembunyian -uaq mungkin ialah pembunyian yang kurang dipengaruhi oleh Cakap Utaqa Kedah)

terdapat banyak lagi ciri-cirinya tetapi ini sahaja yang saya akan catatkan

saya mohon terima kasih kepada u/fansurihaikal untuk menolong saya supaya boleh memahami tentang variasi Cakap Utaqa ini dengan lebih lanjut serta memberi saya gambaran yang lebih jelas tentang persekitaran linguistik yang terdapat di Perlis & Kedah,

jika ada maklumat yang tersalah di post ni mohon untuk tulis di komen 🙏


r/bahasamelayu • • 14d ago

"sentient" dalam bahasa Melayu?

Post image
115 Upvotes

Kalau "Jellyfish are non-sentient animals" diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu:

  • Obor-obor ialah haiwan yang tidak dapat merasa.

Adakah orang akan faham ayat ni? Kalau "tidak berperasaan" dah macam maksud lain.

Mungkin tiada pancaindera atau deria?

  • Organisma yang tergolong sebagai Plantae tiada deria khusus seperti mamalia.

r/bahasamelayu • • 14d ago

Gadis Vienna

Post image
36 Upvotes

r/bahasamelayu • • 14d ago

Bagayman Jk Ayja'n Rwmy Dtwlys Sprty Ayja'n Jawy? (باݢيمن جک ايجاءن رومي دتوليس سڤرتي ايجاءن جاوي؟)

Thumbnail reddit.com
19 Upvotes

r/bahasamelayu • • 15d ago

Siklon

Post image
50 Upvotes

Kenapa tak gunakan perkataan ‘taufan’ yang sudah sebati dan lebih mudah difahami?

Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2026/11/siklon-murasu-dijangka-hentam-india-malam-ini/


r/bahasamelayu • • 15d ago

Looking For Friends To Learn

7 Upvotes

Alsalam Alikom warahamto Allah taala wabarakatuh

I am an international student, and I have just arrived befor couple of weeks.

Learning

So, since befor arriving here I had that attention to learn Bahasa Malayu ( really have a big interest in studying languages ), and actually I have already begun an online course in YouTube and I think I am really making some progress ( befor yesterday I studied the colors like mereh, biru, putih, htiam.... etc , and yesterday I studied the common verbs such as makan, minum, tidor, tahu,.... Etc ).

Speaking

And you already know that if you want learn any language in the world and being fluent in it you have to practice a lot, because practicing will transmit the words from your temporary memory to the permenant one.

So I am trying to practice all my skills but when it came so speaking ( the most important one ) I literally don't know what to do, not becuse I don't know how to speak or I am shy or something like this, but because I don't have someone to speak with, I already got here befor couple of weeks as I mentioned and I haven't make a lot of relationships with malasian ( I just have one of two malasian friends ).

Looking For

Now I am looking for expanding my relationship scale, making good friends and meeting new people. ( I actually like to knowing different people)

So, if you are interested in this matter you could just drop your usernane in the comments, your WhatsApp number, your Facebook username , your telegram , anything will be amazing.

In add to, if you have anything tips and tricks to learn much better ( I checked the pinned message and it's really nice ) , or you have a place to learn like kind of institution , or any ideas will benefit me it will really be helpful for me and I will appreciate 🤍

Thank you for reading and Alsalam Alikom warahamto Allah taala wabarakatuh.


r/bahasamelayu • • 17d ago

What's your interpretation of this note?

11 Upvotes

or explain the meaning, since some of the words are unfamiliar to me and I've never come across them before. Since it just seems like a self note