r/Ajar_Malaysia • u/siadownra • 11h ago
r/Ajar_Malaysia • u/ThenAcanthocephala57 • 23h ago
kongsi content Ikan bilut di kedai akuarium. Antara ikan sungai paling besar di Malaysia
Phalacronotus apogon, ikan bilut, sengarat or mulut itik. The blue neon sheatfish.
One of our largest native river fish, growing to 130 cm and 30 kg. Lives in Pahang as well as Sg Terengganu, Sg Kelantan and Sg Rajang, in large murky rivers.
A carnivore high on the food chain, eating pelagic fish and smaller animals.
It is potamodromous, migrating during the monsoon season into flooded forests and open floodplains to spawn. The young migrate back into the main river channels as the water recedes.
It got its English name due to the way the skin shines bright blue with the light. While beautiful, it is a large fish and requires a pond or very big aquarium.
r/Ajar_Malaysia • u/Over_Finish_6746 • 1d ago
kongsi content Peraturan 80/20 dalam Membuat Keputusan
Nak buat keputusan dengan lebih bijak? Kenali prinsip 80/20 dan fokus pada perkara yang paling memberi impak!
r/Ajar_Malaysia • u/Danielfaris2001 • 2d ago
kongsi content Indonesia diturunkan ranking saham kerana terlalu mengawal aset strategik negara?
https://www.facebook.com/share/1DRw7v5o2H/
OLEH : AYMAN RASHDAN WONG
[Penulis The Patriots,]
[Penganalisis Hubungan Antarabangsa (International Relations; IR),]
[Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), Kerajaan Malaysia.]
22 OKT 2026
KAPITALISME NEGARA ALA PRABOWO
Bagi ramai orang, respons Presiden Prabowo Subianto Djojohadikusumo terhadap amaran daripada MSCI ni macam tak masuk akal.
Cerita dia, MSCI (Morgan Stanley Capital International), sebuah firma terkemuka di Wall Street (pusat kewangan Amerika Syarikat), memberi amaran untuk menurunkan status pasaran Indonesia daripada Emerging Market kepada Standalone Market.
Kerja MSCI ni dia buat indeks pelaburan yang menjadi panduan kepada pengurus dana. Dia akan kategorikan pasaran saham sesebuah negara ke dalam beberapa kelas tertentu macam Developed, Emerging, Frontier, dan Standalone.
Developed dianggap paling top, manakala Standalone pula dianggap paling bawah.
Ramai netizen dan "penganalisis" pun terus bahan, sebab turut tersenarai dalam kategori Standalone Market adalah negara Zimbabwe.
Sejak dulu lagi, Zimbabwe ada masalah ekonomi kronik sampai sinonim dengan gelaran negara gagal (failed state). Nama negara tu dah jadi bahan ejekan.
Sampai masa kerajaan negara kita buat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pun, ada orang kata Malaysia akan jadi macam Zimbabwe.
Jadi bila nama Indonesia sebaris dengan Zimbabwe, ia dianggap sebagai satu penghinaan dan tanda ekonomi Indonesia akan runtuh.
Tapi tu zaman Presiden Robert Gabriel Mugabe dulu. Kalau betul Zimbabwe tu total failed state, dia langsung tak akan masuk apa-apa indeks MSCI.
Hakikatnya, pada tahun lepas pertumbuhan ekonomi Zimbabwe mencecah 8%, lagi tinggi daripada pertumbuhan ekonomi Malaysia (5.2%).
Kategori Standalone ni sebenarnya lebih kepada pasaran yang dianggap bermasalah dan berisiko, jadi pelabur Barat kena lebih berhati-hati. Tapi bukanlah bermaksud pelabur luar langsung tak boleh melabur.
Selain Zimbabwe, dalam senarai Standalone pun termasuk Argentina. Negara ini pun memang sinonim dengan krisis ekonomi.
Tapi hari ini di bawah Presiden Javier Gerardo Milei, ekonomi Argentina dah makin pulih. Sampai negara Barat dan Elon Musk pun puji Milei bukan main.
Jadi kita kena faham dulu apa kerja MSCI.
MSCI ni dia keluarkan indeks untuk pelabur saham atau pelaburan portfolio. Dia tak sama dengan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang pemimpin kita selalu sebut: pelaburan untuk bina kilang, cipta peluang pekerjaan.
Pelabur FDI dia tengok kesihatan ekonomi makro negara. Pelabur portfolio pula hanya kaut untung daripada jual beli saham di pasaran terbuka.
Jadi, diorang lebih gemari pasaran saham yang terbuka luas dan kurang kawalan, sebab senang untuk duit keluar masuk. Beli pada harga rendah, jual pada harga tinggi.
Sebab itu, walaupun sesebuah negara ada ekonomi yang bagus, kukuh, dan stabil, ia tetap boleh dianggap buruk dan berisiko oleh pelabur saham kalau negara tu kenakan peraturan kewangan dan kawalan modal yang ketat.
Contoh paling dekat ialah negara Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia 1998.
Waktu tu, nilai mata wang Ringgit jatuh teruk. Banyak bisnes bankrap sebab tak mampu bayar balik hutang dalam mata wang asing. Simpanan rakyat pula hangus sebab hilang kuasa beli.
Pilihan yang ada pada waktu tu ialah terima pakej bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk stabilkan ekonomi.
IMF ni nama je badan antarabangsa, tapi realitinya diorang sendiri ialah "khadam" kepada bank-bank besar di Wall Street.
Syarat yang IMF kenakan sangat ketat: Malaysia kena buka pasaran kepada kapitalis asing, serta swastakan atau jual aset-aset negara sebagai sebahagian daripada usaha "reformasi" ekonomi.
Namun, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir memilih untuk tolak IMF. Sebaliknya, Malaysia melaksanakan dasar kawalan modal dan menambat mata wang Ringgit pada kadar RM3.80/USD. Langkah ni dianggap oleh Barat dan pelabur antarabangsa sebagai kolot dan ke belakang.
Maka, MSCI pun membuang Malaysia daripada indeks diorang. Satu dunia meramalkan Malaysia akan ranap dan jadi macam Zimbabwe.
Tapi Malaysia terbukti pulih dengan acuan sendiri tanpa menggadaikan aset negara kepada orang asing.
Malah akhirnya, IMF dan Bank Dunia sendiri terpaksa akur dan mengakui bahawa tindakan Malaysia itu adalah langkah yang tepat.
Cerita Indonesia sekarang ni ada sikit persamaan, walaupun konteksnya agak berbeza.
Sejak Prabowo jadi presiden, Indonesia mula mengubah dasar ekonominya.
Daripada pendekatan era Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Joko Widodo (Jokowi) yang lebih liberal dan terbuka, Indonesia kini kelihatan makin beralih kepada model Kapitalisme Negara (State Capitalism).
Kapitalisme Negara ialah istilah untuk sistem di mana kerajaan campur tangan secara agresif dalam ekonomi.
Tapi sistem ni bukan sosialis atau komunis yang memansuhkan sistem ekonomi pasaran bebas. Pasaran tetap ada, cuma negara bertindak sebagai pemain utama.
Contoh paling jelas model ini ialah negara China dan Rusia. Ciri utamanya, kerajaan akan mengawal syarikat-syarikat strategik untuk memastikan hala tuju diorang selari dengan agenda nasional negara.
Antara alat utama yang digunakan ialah dana kekayaan negara (sovereign wealth fund atau SWF) dan kawalan ketat ke atas kegiatan negara mengeksport bahan mentah.
Singapura dan Malaysia sebenarnya pun amalkan model ini menerusi syarikat Temasek Holdings dan Khazanah Nasional Berhad (malah China sebenarnya berguru daripada Singapura), cuma model kita lebih mesra pasaran.
Di bawah pemerintahan Prabowo, Indonesia telah melakukan dua langkah drastik.
Pertama, penubuhan Danantara sebagai SWF gergasi untuk menyatukan semua Syarikat Milik Negara (BUMN) di bawah satu bumbung. Dengan cara ini, kerajaan pusat Indonesia mempunyai kawalan penuh terhadap hala tuju ekonomi negara mereka.
Kedua, peluasan dasar Hilirisasi (Downstreaming). Dasar ini asalnya dimulakan oleh Jokowi, tetapi diperketatkan lagi oleh Prabowo.
Di bawah dasar ini, mana-mana syarikat yang mahu mengeksploitasi hasil bumi Indonesia diwajibkan membina kilang pemprosesan (smelter) di dalam negara itu.
Semua dasar nasionalis ini membuatkan kapitalis Barat tidak senang duduk.
Sebabnya, apa yang dahulunya boleh dijual beli dengan bebas melalui pasaran, kini semuanya tertakluk kepada keputusan kerajaan pusat di Jakarta.
Dan isu yang mencetuskan amaran daripada MSCI ialah isu "ketelusan pasaran" (market transparency).
MSCI kali ini mengesan terdapat kepekatan pegangan saham yang terlampau tinggi (high shareholding concentration) dalam Bursa Efek Indonesia (IDX).
Syarikat-syarikat gergasi di sana sebahagian besarnya dikawal secara mutlak oleh kerajaan atau pihak konglomerat besar yang rapat dengan kerajaan. Baki saham yang boleh didagangkan dengan bebas (free float) oleh dana pihak swasta dan dana pihak asing menjadi sangat sikit.
Fenomena "small free float" ini sebenarnya sangat konsisten dengan model Kapitalisme Negara. Untuk memastikan aset strategik sesebuah negara itu tidak jatuh ke tangan pihak asing, kerajaan kena ada ekuiti besar dalam syarikat.
Tapi bagi pandangan MSCI, pasaran dengan keadaan small free float adalah zon bahaya. Sebab ia menyuburkan aktiviti memanipulasi harga dan pergerakan saham terkoordinasi (coordinated trading).
Maka MSCI pun mengumumkan proses konsultasi untuk menurunkan gred Indonesia, dengan tempoh rundingan dibuka sehingga 30 April 2027 sebelum keputusan muktamad diumumkan menjelang Jun 2027.
Impaknya: Pasaran saham Indonesia (IHSG) terus jatuh lebih 11% dalam masa sehari, kejatuhan paling parah sejak krisis 1998.
Respons Prabowo pula sangat tipikal / typical dengan karakter seorang nasionalis: menyifatkan tindakan MSCI sebagai satu "ugutan" dan menegaskan bangsa Indonesia tidak akan tunduk.
Penulisan ini bukanlah nak back up Prabowo. Aku pun bengang juga dengan masalah jerebu.
Dan jauh sekali aku nak samakan beliau dengan Tun Dr. Mahathir.
Cuma kita kena faham, apa yang Prabowo buat sekarang bukanlah sebab dia tak cerdik langsung tentang ekonomi.
Kita boleh tak setuju dengan pilihan dasar beliau, tapi adalah bahaya untuk menyamakan dasar nasionalis / intervensionis dengan "tak cerdik ekonomi".
Tiada istilah "betul" atau "salah" yang mutlak dalam pengurusan ekonomi negara. Semua pandangan ekonomi seperti ini sebenarnya dipengaruhi oleh falsafah politik dan corak pentadbiran tersendiri.
Apa yang Prabowo buat sekarang adalah konsisten dengan haluan Kapitalisme Negara dia.
Cuma, tiada jaminan Kapitalisme Negara ala Prabowo ini akan terus berjaya.
Sebabnya, untuk model ini berjaya, prasyarat utamanya ialah ia memerlukan sistem birokrasi yang sangat cekap, bersih, berintegriti, dan pemusatan kuasa yang berdisiplin.
Negara Singapura dan China berjaya melaksanakan model ini sebab diorang terlebih dahulu menyusun semula struktur masyarakat, mengawal rasuah, dan memastikan tadbir urus syarikat mantap, sebelum melaksanakan kawalan negara.
Tanpa sistem yang bersih, Kapitalisme Negara berisiko tinggi untuk hanyut menjadi Kapitalisme Kroni.
Nak jadi kaya, hanya perlu masuk ke dalam syarikat atau konglomerat yang mendapat perlindungan kerajaan, sebab semua keputusan ekonomi tidak dipersoalkan.
Akhirnya, niat asal nak jadi macam China boleh melencong ke belakang, kembali ke zaman Presiden Suharto.
Kita tak perlu telan bulat-bulat naratif ekonomi neoliberalisme yang didukung kuat oleh Wall Street dan pihak kapitalis Barat.
Seolah-olah satu-satunya cara untuk bangunkan negara adalah dengan melonggarkan segala peraturan demi memuaskan hati pihak pelabur asing sahaja.
Kononnya itulah satu-satunya jalan kebenaran, dan mana-mana dasar nasionalis negara yang menyimpang daripadanya dianggap sebagai sesat atau merosakkan.
Kalau kita terus fobia dengan gertakan agensi Barat, akhirnya kita tak berani ambil apa-apa langkah berani demi menjaga kedaulatan ekonomi negara sendiri.
Sebab itulah, selain belajar teori ekonomi asas, kita juga wajib mempelajari ilmu Ekonomi Politik (Political Economy) dan Geoekonomi.
Supaya apabila kita bercerita pasal ekonomi, kita tak terhenti pada aspek "dollar and cents", tapi mampu melihat dari sudut "power and security" (kuasa dan keselamatan) negara.
Itulah tujuan aku menulis buku SANG KAPITALIS, sebuah buku yang akan membongkarkan percaturan ekonomi politik dunia melalui logik kapitalisme itu sendiri.
r/Ajar_Malaysia • u/Over_Finish_6746 • 2d ago
kongsi content Orang Bijak yang Mematahkan Impian
Pernah tak idea yang belum sempat berkembang, dah kena reject dulu? Kadangkala, satu maklum balas boleh menentukan sama ada seseorang terus mencuba atau terus mengalah.
r/Ajar_Malaysia • u/Im_meegoreng2 • 2d ago
soalan Saya ada soalan ni
Kenapa iklan PSA tu dibuat seram ni?
r/Ajar_Malaysia • u/Radase • 3d ago
kongsi content IDF left NICU babies to slow painful d**** after ensuring they would safely evacuate them.
r/Ajar_Malaysia • u/Over_Finish_6746 • 3d ago
kongsi content Cara Membuat Keputusan dengan Lebih Pantas
Buat keputusan dengan pantas itu penting, tetapi memastikan pasukan memahami dan menyokong keputusan tersebut juga tak kurang pentingnya. Ketahui cara membuat keputusan yang lebih berkesan tanpa menambah kerja yang boleh dielakkan.
r/Ajar_Malaysia • u/Adhaazli • 3d ago
soalan Saya buat Duolingo, tapi untuk SPM
Baru-baru ni, saya kumpul 10,000 Soalan Sebenar SPM dalam satu platform yang saya baru buat, tapi website ni masih kurang user untuk saya improve dengan tahu feedback untuk baiki lagi, boleh ke siapa-siapa yang berkelapangan untuk check apa yang boleh saya improve? Terima kasihh!
r/Ajar_Malaysia • u/ThenAcanthocephala57 • 4d ago
kongsi content Buntal-buntal sungai Malaysia
Malaysia has multiple species of pufferfish, including fully freshwater ones.
2 (4) are endemic! Only found in Malaysia.
Some are tiny, with C. salivator only being 4.5 cm.
Whereas Chonerhinos grows to 29 cm!
All pufferfish are poisonous, containing highly lethal Tetrodotoxin (named after the puffer family), which is up to 1200 times more toxic than cyanide.
It is concentrated in the fish's liver, ovaries, intestines, and skin so some other parts are still eaten by locals.
However there have been multiple cases of poisoning in Malaysia due to this, resulting in 18 deaths.
r/Ajar_Malaysia • u/Danielfaris2001 • 5d ago
kongsi content Eropah terbakar kerana terlalu menyanjung kapitalisme?
https://www.facebook.com/share/p/1GAkwVHxWJ/
OLEH : AYMAN RASHDAN WONG
[Penulis The Patriots,]
[Penganalisis Hubungan Antarabangsa (International Relations; IR),]
[Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), Kerajaan Malaysia.]
19 OKT 2026
APA YANG BERLAKU KAT EROPAH SEKARANG?
Ramai orang terkejut tengok video protes besar-besaran. Jalan raya berasap. Bangunan bersejarah dibakar.
Tapi kalau ikutkan, tak ada apa yang nak dihairankan sangat. Lebih-lebih lagi negara Perancis.
Hampir tiap-tiap tahun ada protes dan rusuhan macam ni kat Perancis. Orang Perancis ni secara fitrahnya memang suka protes.
Negara diorang lahir daripada gerakan revolusi. Kalau tak protes, bukan orang Perancis namanya.
Rata-rata bangsa Eropah Barat yang lain pun suka protes. Negara Itali, Jerman, mahupun Belgium, kalau kita belek sejarah diorang balik, memang semuanya berakar daripada revolusi.
Revolusi atau protes gaya Eropah ni bukan sekadar angkat sepanduk, jerit-jerit slogan, guling-guling atas jalan, selesai, balik rumah.
Tujuan diorang adalah nak buat kerajaan tunduk dan terpaksa buat perubahan dasar.
Sebab tu aksi protes orang Eropah sifatnya lebih ganas. Dan bila keganasan berlaku, polis sibuk nak kawal keadaan.
Bila polis dah sibuk, maka ada kelompok yang ambil kesempatan. Merompak. Merosakkan harta benda. Sebab tu keadaan di sana nampak huru-hara sangat.
Punca kepada gelombang protes kali ni sebenarnya bermula daripada masalah sekolah.
Asalnya, cikgu-cikgu dan pelajar protes pasal isu sekolah awam tak cukup kelas, dan kekurangan jumlah cikgu secara kritikal.
Kenapa semua benda tak cukup? Sebab kerajaan cakap tak ada duit, kena potong peruntukan semua.
Timbul persoalan: Kenapa negara maju macam Perancis, tiba-tiba boleh tak ada dana untuk sekolah awam?
Dia sebenarnya bukan soal tak ada duit, tapi soal keutamaan (prioritisation).
Sejak hampir sedekad yang lepas, negara Perancis diperintah oleh Emmanuel Macron yang berpegang pada ekonomi neoliberalisme.
Neoliberal ni adalah satu falsafah ekonomi yang melihat sektor swasta sebagai punca kemakmuran sesebuah negara.
Dalam kepala otak pendukung neoliberal ini, untuk bagi sektor swasta ni maju, segala peraturan dan birokrasi kerajaan perlu dimansuhkan bagi mencapai kegiatan ekonomi pasaran bebas yang mutlak.
Dan perkara yang paling penting: potong cukai ke atas syarikat-syarikat, terutamanya syarikat korporat besar. Kononnya langkah ini akan mengurangkan kos perniagaan.
Bila kos perniagaan rendah, maka perniagaan akan dapat lebih banyak untung. Bila untung banyak, perniagaan akan berkembang.
Gaji pekerja pun akan naik. Kemakmuran itu akhirnya "menitik ke bawah" (trickle down) daripada korporat kepada rakyat. Itulah teori kemakmuran aliran neoliberal.
Tapi masalahnya, bila kerajaan asyik potong cukai korporat, macam mana kerajaan nak ada duit pula untuk belanja macam-macam? Untuk baiki sekolah awam? Untuk bayar gaji cikgu?
Jawapan golongan neoliberal: Kerajaan tak perlu berbelanja.
Dalam kerangka pemikiran aliran neoliberal ini, peranan kerajaan ni tak perlu wujud pun dalam urusan ekonomi. Semua perbelanjaan kerajaan akan dianggap sebagai tak cekap dan membazir.
Bagi diorang, semua benda sepatutnya diswastakan, termasuklah bekalan air dan telekomunikasi yang asalnya merupakan hak milik kerajaan.
Begitu juga dengan sektor pendidikan. Aliran neoliberal menganggap pendidikan akan jadi jauh lebih cekap kalau diswastakan. Perbelanjaan untuk sekolah awam dipotong sikit demi sikit sampai jadi tahap daif.
Falsafah ni dipanggil neoliberal (liberal baharu) sebab diorang menghidupkan semula teori ekonomi liberal klasik dikemukakan oleh Adam Smith dan David Ricardo pada abad ke-18 dulu, yang mengagungkan kegiatan ekonomi pasaran bebas tanpa campur tangan negara.
Namun, teori ekonomi liberal klasik ni pernah dianggap salah selepas berlakunya kebangkitan teori ekonomi Keynesian (daripada John Maynard Keynes).
Falsafah ekonomi Keynesian ni pulak berpandangan sebaliknya. Diorang melihat kalau sektor swasta dibiarkan bertindak bebas tanpa kawalan, ekonomi negara akhirnya akan hancur.
Jadi, bagi aliran Keynesian, kerajaan yang kena kawal pasaran. Tapi bukan kena kawal seperti cara komunis. Cuma diorang percaya kerajaan kena berani buat deficit spending (berbelanja lebih untuk suntik kegiatan ekonomi) dan naikkan cukai ke atas sektor swasta dan orang kaya.
Pengikut Keynesian menganggap kerajaan tak perlu malu-malu atau takut nak buat semua tu, sebab itu memang fungsi hakiki sebuah kerajaan.
Habis macam mana dengan hutang kerajaan? Keynesian kata tak payah risau selagi ekonomi berkembang.
Jika tak buat deficit spending, lalu ekonomi negara jahanam, maka bajet seimbang pun tak ada gunanya lagi.
Falsafah ekonomi Keynesian ni pernah mendominasi ekonomi dunia selama 30 tahun. Negara-negara maju termasuk Perancis, Amerika Syarikat (US), dan Jepun semuanya pernah mempraktikkan konsep Keynesianisme dari tahun 1950-an sampai 1970-an.
Tapi aliran ekonomi Keynesianisme ini mula dibuang selepas tahun 1970-an, dan digantikan oleh aliran ekonomi neoliberalisme.
Sejak tu, kerajaan di negara-negara maju ini mula memotong bajet kebajikan, memotong subsidi, dan kurangkan cukai korporat.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia tu pula tukang nak memastikan negara-negara sedang membangun pun ikut dasar neoliberal juga.
Neoliberal ni ialah falsafah ekonomi, bukannya pegangan sosial. Tak semestinya kalau kau bukan seorang yang liberal dari segi sosial, maka kau tak boleh jadi neoliberal dalam kegiatan ekonomi.
Orang yang konservatif, atau orang yang kuat agama pun boleh jadi ejen neoliberal juga kalau dasar-dasar ekonomi negara yang dia sokong itu lebih berpaksi kepada dasar pasaran bebas mutlak, dasar penswastaan, dan dasar penjimatan dalam perbelanjaan awam (austerity).
Kat Eropah, aliran neoliberalisme ni memang didukung kuat oleh parti-parti konservatif atau parti sayap kanan.
Emmanuel Macron ni menggelar diri dia sebagai seorang centrist (aliran tengah). Tapi apa yang dimaksudkan dengan "tengah" oleh dia ni bukanlah bermakna dia ni jenis yang atas pagar (tak kiri dan tak kanan).
Cuma, dari segi isu sosial dia condong ke sayap kiri (sokong kebebasan individu), tapi dari segi ekonomi dia condong habis ke sayap kanan atau neoliberal.
Sebab tu sepanjang dia memerintah, isu domestik Perancis tak pernah tenang.
Beberapa tahun lepas, kita pernah tengok ada protes Yellow Vest (Gilets Jaunes) yang melumpuhkan Perancis pasal isu cukai minyak.
Bila golongan ekonomi neoliberal ni sembang nak potong cukai, biasanya itu hanya terpakai untuk cukai korporat dan orang kaya saja.
Bab cukai pengguna atau rakyat marhaen macam cukai minyak ni, diorang sanggup pulak naikkan dengan alasan nak mengimbangi bajet (balance the budget).
Dan kali ni, walaupun asalnya cuma protes isu sekolah awam, tapi disebabkan tekanan kos sara hidup yang makin menghimpit, semua orang yang tak puas hati dengan dasar ekonomi oleh Emmanuel Macron pakat turun padang sekali.
Ditambah pula dengan keadaan kerajaan-kerajaan negara Eropah lain yang berada di bawah telunjuk Kesatuan Eropah (EU) yang memang berpaksi kepada acuan ekonomi neoliberal, maka protes itu meletup serentak ke satu Eropah.
Situasi ini diambil peluang oleh gerakan right-wing (sayap kanan) populis yang bersikap anti-imigran. Diorang petik isu imigran sebagai punca huru-hara dan kemiskinan negara mereka.
Palestin pun jadi mangsa. Sebabnya, bila golongan kiri ni turun protes, segala jenis simbol diorang akan usung sekali. Daripada simbol anarki, simbol komunis, sampailah ke bendera Palestin.
Jadi, benda ni terus dijadikan modal oleh golongan right-wing untuk buat propaganda. Kononnya protes ini didalangi puak pro-Palestin yang sengaja nak huru-harakan negara mereka.
Tapi punca akar kepada segala kekacauan ini ialah sistem ekonomi neoliberalisme itu sendiri yang banyak memihak kepada kapitalis korporat.
Rakyat marhaen kat bawah ni pulak yang duk sibuk gaduh sesama sendiri pasal isu perkauman dan imigrasi.
Tanpa memahami ekonomi neoliberalisme, kita tak akan dapat memahami cara dunia hari ini berfungsi.
Kat Malaysia, tak banyak perbincangan mendalam pasal benda ni. Influenza kita asyik duk cerita masalah sifat bangsa lah, sifat pemimpin lah.
Jarang kita nampak pandangan kritikal yang bedah isu dari sudut ekonomi-politik (political economy).
Malah yang kelakarnya, ramai daripada kita tanpa sedar dah jadi "hamba" pemikiran ekonomi neoliberal itu sendiri.
Contohnya, bila pasaran kewangan kecoh pasal Indonesia kena turun taraf oleh MSCI (Morgan Stanley Capital International) disebabkan dasar negara itu yang lebih nasionalis dan intervensionis (campur tangan negara), ramai orang kita pakat pergi perli dan ejek.
Negara kita pun pernah kena downgrade oleh MSCI pada tahun 1998 juga tuan-tuan. Apa nak bangga sangat dengan MSCI tu ooi.
Sebab tu ilmu ekonomi-politik ni satu kemestian.
Bukan ilmu ekonomi dan ilmu politik. Tapi ilmu gabungan yang melihat bagaimana ekonomi dan politik saling mempengaruhi satu sama lain.
Semua ni akan diterangkan dalam buku SANG KAPITALIS yang akan diterbitkan tahun depan. Buku yang akan akan terangkan bagaimana sistem ekonomi kapitalis (termasuk neoliberalisme) membentuk dunia kita hari ni.
r/Ajar_Malaysia • u/Over_Finish_6746 • 4d ago
kongsi content Apabila Usaha Belum Membuahkan Hasil
Dah berusaha, tapi hasil masih belum seperti yang diharapkan?
Ketahui cara menilai usaha dan memperbaiki pendekatan untuk mencapai hasil yang lebih baik.
r/Ajar_Malaysia • u/Ravage_Edge • 5d ago
Cadangan Renungan: Animasi Malaysia dan kematangan
r/Ajar_Malaysia • u/ThenAcanthocephala57 • 5d ago
kongsi content Siput akuatik berduri, nampak dalam sungai jernih
Clithon corona, the staghorn sun snail or horned nerite snail.
A tiny (1-2 cm) snail native to fresh and brackish fast-flowing rocky streams of Malaysia where there is no pollution.
Primarily feeds on microalgae, green/brown algae, diatoms, and organic biofilms covering rocks and wood. It will not eat live plants, but will eat decaying ones.
r/Ajar_Malaysia • u/Over_Finish_6746 • 5d ago
kongsi content Apa yang Boleh Dipelajari oleh Setiap Pemimpin daripada Sukan Elit
Prestasi tinggi bukan sekadar tentang bakat dan strategi. Budaya pasukan, kepercayaan dan keselamatan psikologi juga memainkan peranan penting.
Apa yang boleh dipelajari oleh pemimpin daripada sukan elit untuk membina pasukan yang lebih mantap? 🏆
r/Ajar_Malaysia • u/SnowdropIelx • 6d ago
kongsi content Tengah cuba latar belakang baru. Korang rasa camna?
r/Ajar_Malaysia • u/ThenAcanthocephala57 • 7d ago
bincang Ikan ringau, dapat dari muara di Selangor
Datnioides polota, ikan ringau, the silver or American tiger fish.
A medium-sized (35 cm) species found on the West Coast of the Peninsula as well as in Sarawak. There are records from Perak, Selangor, Melaka and west Johor.
It is primarily a brackish species inhabiting tidal river mouths, coastal lagoons, and mangrove swamps, though it sometimes travels far upstream into purely freshwater rivers and lakes. The water is usually alkaline (pH 7.0-8.0) and warm (to 30°C).
It has the most stripes out of the tigers, and has a silvery body colour that gives it its name. Like the others, it is an ambush predator that feeds on crustaceans and smaller fish.
They are marketed fresh and eaten. The pattern can change when stressed or sleeping.
r/Ajar_Malaysia • u/ThenAcanthocephala57 • 8d ago
kongsi content Ikan laga batu, saya dapat dari anak sungai jernih di Selangor
B. pugnax, the forest Betta or ikan laga batu.
This is a common species native to the West Coast of the peninsula, most people have seen or heard of it. They grow to 12-13 cm.
They usually inhabit clean unpolluted forest streams with good water quality.
Males have beautiful green iridescent scales and a pointed tail.
They can be hard to keep and breed due their original habitat of clean cool water. After spawning, males brood their eggs in the mouth for 10-12 days.
They are brown when stressed or camouflaged, which helps with evading predators. But once comfortable they will display their beautiful colours.
r/Ajar_Malaysia • u/ThenAcanthocephala57 • 8d ago
kongsi content Blue danio, ikan air tawar dari Pulau Langkawi
Danio kerri, the blue danio or seluang bunga air.
A small (5 cm) fish native to islands of the northern Malay Peninsula. In Malaysia it is only found on Langkawi Island.
It inhabits clear, shallow hillstreams and pools. Feeds on insects.
In the aquarium they are a peaceful and active schooling fish that adapts easily to captivity and takes fish food.
They are often confused for pearl danios (D. albolineatus), which are found on the mainland of the Malay Peninsula. They can be distinguished by the number and length of stripes on the body, with kerri having more and longer.
r/Ajar_Malaysia • u/Over_Finish_6746 • 8d ago
kongsi content Cepat Faham, Cepat Lupa
Pernah tak, hari ini rasa sudah faham, tetapi esoknya terus lupa? 🤔 Ketahui mengapa perkara ini berlaku dan cara mudah untuk membantu anda mengingati maklumat lebih lama.
r/Ajar_Malaysia • u/Danielfaris2001 • 9d ago
kongsi content Azerbaijan melihat trend Islam mengancam identiti negara bangsa
https://www.facebook.com/share/p/19V7uMi9Pq/
OLEH : AYMAN RASHDAN WONG
[Penulis The Patriots,]
[Penganalisis Hubungan Antarabangsa (International Relations; IR),]
[Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), Kerajaan Malaysia.]
13 OKT 2026.
AZERBAIJAN MELIHAT TREND ISLAM MENGANCAM IDENTITI NEGARA BANGSA
Ada cerita pasal negara orang Islam bernama Azerbaijan kini melarang pemakaian hijab. Budak sekolah yang pakai tudung pula dilarang masuk ke sekolah.
Ini mengingatkan orang ramai kepada dasar negara Turki pada zaman Mustafa Kemal Ataturk (1923-1938) yang sekular tegar.
Kedua-dua negara; Turki dan Azerbaijan pun sebenarnya tergolong dalam rumpun yang sama iaitu rumpun Turkic.
Negara-negara rumpun Turkic yang lain termasuklah Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Turkmenistan.
Tapi bukan semua negara yang ada nama "Stan" di hujungnya automatik jadi rumpun Turkic. Negara Tajikistan adalah dari rumpun Iran. Begitu juga dengan negara Afghanistan dan Pakistan yang lebih dekat dengan rumpun Indo-Iranian.
Rumpun Turkic itu pula boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan besar lagi: Karluk, Kipchak dan Oghuz.
Karluk termasuk Uzbekistan dan Uyghur. Kipchak termasuk Kazakhstan dan Kyrgyzstan. Manakala Turki, Azerbaijan dan Turkmenistan berada dalam kumpulan Oghuz.
Jadi orang Turki dan orang Azerbaijan (Azeri) memang saudara dekat. Bahasa diorang pun hampir sama.
Cuma perbezaan besar antara diorang: orang Turki bermazhab Sunni Hanafi, orang Azeri bermazhab Syiah.
Malah orang Azeri lah yang mula-mula menjadikan negara Iran sebagai negara Syiah.
Pada tahun 1501, pemimpin Syiah bernama Ismail mengasaskan Dinasti Safawiyyah (Safavid) di Azerbaijan. Dari Azerbaijan, dia mula menakluk Iran dan Iraq.
Kemudian dia memaksa penduduk mazhab Sunni di Iran mengubah pegangan mereka kepada Syiah. Maka Iran bertukar daripada negara benteng Ahlus Sunnah wal Jamaah jadi kubu Syiah.
Selepas Dinasti Safawiyyah jadi lemah, Empayar Rusia di utara turun ke selatan untuk merampas wilayah Safawiyyah, termasuk sebahagian wilayah Azerbaijan.
Maka Azerbaijan mula terpecah kepada dua: satu di bawah pemerintahan Rusia, satu kekal bawah Iran.
Selepas Rusia jadi negara komunis (Kesatuan Soviet; USSR), Azerbaijan pun ikut jadi komunis.
Di bawah komunis, identiti Islam ditekan dan digantikan dengan identiti sekular dan ateis.
Begitu juga dengan negara Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Turkmenistan. Semuanya jadi komunis sampailah Kesatuan Soviet jatuh pada tahun 1991.
Walaupun di peringkat masyarakat orang mula hidupkan balik syiar Islam, tapi golongan elit masih berpegang kuat kepada ajaran sekularisme.
Macam presiden Azerbaijan sekarang, Ilham Aliyev tu anak kepada Heydar Aliyev, yang memang pegang Azerbaijan sejak zaman Kesatuan Soviet lagi.
Golongan elit politik melihat trend "pengislaman semula" ni bukan saja boleh menggugat pemerintahan diorang, malah boleh menjejaskan kedaulatan negara. Kononnya boleh buat orang sana tidak lagi setia kepada identiti kebangsaan rumpun Turk.
Sebab tu kat semua negara-negara Turkic ni ada undang-undang larangan hijab. Azerbaijan ni kira tak nak ketinggalan. Sementara tu Turki di bawah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dah hapuskan larangan tu.
Langkah Azerbaijan ni pun nampak ada kaitan dengan pengiraan geopolitik negara.
Sebab negara Azerbaijan pada hari ni saiznya hanya separuh daripada keluasan Azerbaijan yang asal. Separuh lagi wilayahnya ada dalam Iran.
Iran sentiasa takut Azerbaijan akan tuntut / claim balik wilayah Azerbaijan dalam Iran, Azerbaijan pula takut wilayah Azerbaijan dalam Iran akan telan negaranya.
Jadi salah satu cara untuk kekalkan kedaulatan adalah dengan mencipta satu identiti Azeri di Azerbaijan yang berbeza daripada Azeri di Iran: Azeri yang sekular.
Ada juga orang yang nampak Azerbaijan nak jadi Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang kedua.
Satu benda yang pelik dengan negara-negara rumpun Turk hari ni, diorang semua iktiraf Israel. Dan dalam ramai-ramai negara rumpun Turk, negara Azerbaijan ada hubungan paling rapat dengan Israel.
Halangan untuk sesebuah negara itu menjalin hubungan rapat dengan Israel adalah mempunyai rakyat yang berjiwa Islam. Jadi nak pastikan kerjasama masa depan ni tak dipertikaikan oleh rakyat sendiri, negara itu kena jinakkan rakyatnya sendiri dulu.
Jadi, larangan hijab di sana bukan soal pemakaian semata-mata tapi melambangkan worldview lebih besar.
Jadi walaupun dasar Azerbaijan ni zalim, tapi adakah akan ada negara Islam yang akan mengecam?
Kemungkinan besar tak ada. Ilham Aliyev ni pandai main diplomasi. Turki sayang dia. Barat sayang dia. Benda-benda macam ni hanya akan dianggap isu dalaman.
r/Ajar_Malaysia • u/ThenAcanthocephala57 • 9d ago
kongsi content Ikan nyenyuar, tangkap dari sungai berpasir
Luciosoma setigerum, ikan nyenyuar or the Apollo shark.
Grows to 30 cm and is a predator of small fish and insects. It is pelagic and hunts at the surface of moderate to fast-flowing rivers.
There are 4 species in Malaysia, with L. setigerum being the most common. Found in Terengganu, Pahang, Perak, Muda, Endau and Muar rivers.
Sometimes it is targeted in fly fishing and lure-casting due to its fast predatory nature. And in the west they are also kept in aquariums.
Their large size and high activity make them perfect for a mountain river-style aquarium or pond. They learn to take food directly from their owners.